top of page

PELAN PERSARAAN DAN SIMPANAN ( HARMONI )

Setiap individu mempunyai impian kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.

Sebagai individu yang bijak anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik.
Namun ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.

Mengikut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.

Dengan Harmoni, anda boleh menarik nafas lega memandangkan kewangan mereka yang anda sayangi terjamin.



Pengenalan Pelan

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat
manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh  penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. 

Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah

( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi Advisor anda di SINI..

* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda


Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:

 

  • Manfaat kematian

  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

  • Pulangan tunai ketika sijil matang

 

 

Manfaat kematian

 

  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

     

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh.

 

  • Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan.

 

  • Hilang keseluruhan seperti kecacatan kekal pada penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada atau atas pergelangan tangan, atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.

     Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai.

 

 

Pembayaran Manfaat  kematian 

 

1. Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan

 

  • Jumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

 

2. Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

 

  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )

 

  • Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta ( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .

 

  • Manfaat hanya akan dibayar secara berperingkat jika jumlah perlindungan melebihi RM 200,000 dan umur peserta akan datang kurang dari 5 tahun seperti berikut:-

 

  • Tahun pertama       :  20% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan                                                     Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta 

 

  • Tahun kedua           :   40% dari Jumlah perlindungan

 

  • Tahun ketiga           :   60% dari jumlah perlindungan

 

  • Tahun keempat      :   80% dari jumlah perlindungan

 

  • Tahun kelima          :  100% dari jumlah perlindungan

 

 

Tambahkan Nilai Pelan Anda

 

  • Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,hanya pilih antara Rider berikut :-

 

1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.

2. Rider Penyakit Kritikal

3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.

4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan      Kekal.

5. Rider Manfaat Tunai Hospital.

6. Rider Medic Save.

7. Rider Indemniti Kemalangan.

8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.

9. Rider Bertempoh.

10. Rider Tambah Nilai Tetap.

 

Kaedah Pembayaran seperti berikut : 

 

* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.

 

Pembahagian Yuran prestasi dan insentif.

 

* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta. 

 

   Peserta          :  50%   

   eTiQa Takaful :  50%

 

* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.   

 

 Peserta          :   85%   

eTiQa Takaful :   15%

 

Siapa yang boleh menyertai

 

a) Umur dari berusia 14 hari hingga 60 tahun.

 

b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan bersamaan RM 2.30 sen sehari.

Fill out this form
GET A QUOTE!

Your details were sent successfully!

LOKASI & WAKTU OPERASI
WAKTU OPERASI
 

ISNIN - JUMAAT

8.30 AM - 6.00 PM

 

SABTU - AHAD

9.00 AM - 12.00 PM

 

 

LOKASI
 
MUHAMMAD IRFAN BIN BASIR 
 
Pakar Perunding eTiQa Takaful 
 

NO, 2A, TINGKAT 1, JALAN SINGA D 20/D, SEKSYEN 20, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

 

Tel: 03-55483425/50

Fax: 03-55483427

H/p: 019-2763417

DOWNLOAD BROSUR

© 2023 by Tomorrow. Proudly created with Wix.com     >>>     Call us: 123-456-7890      >>>     Follow us:

Your details were sent successfully!

WAKTU OPERASI
 

ISNIN - JUMAAT

8.30 AM - 6.00 PM

 

SABTU - AHAD

9.00 AM - 12.00 PM

 

 

LOKASI
 
MUHAMMAD IRFAN BIN BASIR 
 
Pakar Perunding eTiQa Takaful 
 

NO, 2A, TINGKAT 1, JALAN SINGA D 20/D, SEKSYEN 20, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

 

Tel: 03-55483425/50

Fax: 03-55483427

H/p: 019-2763417

Fill out this form
GET A QUOTE!
LOKASI & WAKTU OPERASI
  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic
bottom of page