
Call us today for a quote
019-2763417
Kemudahan Insan
Asas Urusan Kami

Lindungilah Keluarga Anda Dengan Syarikat Takaful Terbaik di Dunia



ETIQA MABRUR
PELAN MENUNAIKAN HAJI
YANG MUDAH DAN DIPERMUDAHKAN
Dengan Kerjasama dan usahasama Tabung Haji bersama Etiqa Takaful, maka terlancarlah satu produk bagi merealisasikan impian umat islam untuk menunaikan Haji dan Umrah. Iaitu Produk Mabrur.
Masalah :-
1. Jika daftar hari ini, maka tarikh yang dijangkakan pergi adalah 40 hingga 50 tahun akan datang.
2. Warga emas didahulukan, jadi nama kita akan lagi ke belakang.
3. Simpanan diguna pakai kerana tempoh yg lama.
Jadi penyelesaiannya adalah dengan wujudnya satu kaedah yg boleh membantu kita menunaikan tanggungjawab Haji dengan cepat dan efektif. Yang paling penting sekali semuanya bermula dengan niat kita. Insya Allah dipermudahkan..
Kenapa anda perlu menyertai produk Haji dan Umrah eTiQa Takaful :-
1. Pendaftaran @ Pembukaan Akaun Tabung Haji percuma untuk anda.
- Tidak perlu bersusah payah ke Tabung Haji, tidak perlu tunggu berjam-jam lamanya untuk tunggu giliran, Mula sahaja anda daftar di Etiqa Takaful, maka Syarikat Etiqa akan bukakan akaun Tabung Haji untuk peserta.
2. Kami realisasikan impian Anda dengan Pendaftaran Haji selepas genap tahun ke 3 (Automatik)
- Sama juga tidak perlu ambil no giliran untuk mendaftar Haji. Kami (eTiQa Takaful) akan daftarkan Haji secara automatik.
3. Bayaran Tunai Tetap sehingga 123% akan dikreditkan terus ke akaun tabung haji anda.
- Ini berdasarkan Jumlah Asas Perlindungan dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun Tabung Haji Anda setiap tahun selepas tahun ke 3. Pergi Haji dengan duit bonus sahaja.
4. Elaun Tunai Haji ( RM 1,000.00 )
- Kami beri Anda duit poket sebanyak RM 1000.00 ketika anda ingin menunaikan haji.
5. Elaun Tunai Umrah ( RM 1,000.00 )
Tunaikan Umrah pun kami akan beri duit poket sebanyak RM 1,000.00.
* Haji dan Umrah mestilah dilakukan BUKAN pada tahun yang sama.
6. Elaun Penjagaan Anak ( RM 1,000.00 )
- Kami beri duit lagi sebanyak RM1000.00 untuk anak yang ditinggalkan ketika anda di Tanah suci. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.
7. Manfaat Ihsar ( RM 1,000.00 )
- Apabila Anda dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji/Umrah akibat tidak sihat, Manfaat sehingga RM 1,000 dan akan dibayar balik untuk kos penyembelihan haiwan.
8. Manfaat Badal Haji ( RM 3,000.00 )
- Kami sediakan sebanyak RM 3,000.00 untuk upah haji jika Anda tidak sempat menunaikan haji. Harga terkini untuk Upah Haji adalah RM 1,500.
9. Kos pengebumian ( RM 1,000.00 )
- Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM 1,000.00
10. Manfaat Pampasan Berganda atas sebab kemalangan dan kematian semasa di Makkah atau Madinah.
- Junlah manfaat akan menjadi dua kali ganda jika berlaku kemalangan dan kematian semasa berada di Makkah dan Madinah. Sebagai contoh jika pampasan anda berjumlah RM 14,000.00 anda akan dapat 28,000.00.
*** Ini semua tidak termasuk lagi dengan nilai wang simpanan Anda di dalam akaun Tabung Haji & eTiQa Takaful. Ini kerana kedua-dua akaun tersebut akan diberi dividen tahunan.
*** Segala sesuatu bermulanya dengan niat, selagi mana anda berniat untuk melakukan kebaikan dan berusaha kearahnya, Insya Allah anda akan dapat. Mungkin anda masih lagi perlukan beberapa penjelasan, jangan risau dan khuatir kerana saya sedia membantu anda..
Penerangan ringkas pelan mabrur




Fill out this form
GET A QUOTE!
LOKASI & WAKTU OPERASI
WAKTU OPERASI
ISNIN - JUMAAT
8.30 AM - 6.00 PM
SABTU - AHAD
9.00 AM - 12.00 PM
LOKASI
MUHAMMAD IRFAN BIN BASIR
Pakar Perunding eTiQa Takaful
NO, 2A, TINGKAT 1, JALAN SINGA D 20/D, SEKSYEN 20, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-55483425/50
Fax: 03-55483427
H/p: 019-2763417
DOWNLOAD BROSUR
© 2023 by Tomorrow. Proudly created with Wix.com >>> Call us: 123-456-7890 >>> Follow us: