top of page

Mulakan Perlindungan dan Simpanan Anda untuk Persedian Hari Esok

Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu, untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan perlindungan bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga. Persedian tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan perlindungan yang teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada.

 

"Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya. Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya kehilangan pekerjaan atau diberhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang kehilangan perkerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan, seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"*

*Sumber: The Star, 19 February 2009

 

Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang

Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan untuk 20 atau 30 tahun.

 

Manfaat Utama

 

 

 

Rider untuk Orang Dilindungi

Rider untuk Peserta

Ciri-ciri Utama

Asas Kontrak

 

Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju untuk menyumbang (menderma) jumlah tertentu ke dalam Dana Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain di saat memerlukan.

Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan diserapkan ke DRP dan DPP

Lebihan dalam DRP akan dibahagikan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%) sebagai Fi Prestasi.

Keuntungan pelaburan dari DPP akan dibahagikan di antara Anda (90%) dan Etiqa (10%) sebagai Fi Insentif.

 

Nota Penting

 

Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam tempoh setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah Dilindungi jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil.

Peserta akan diberi tempoh ihsan selama tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan. sijil akan dilanjutkan di bawah kemudahan sumbangan automatik (ACF-Automatic Contribution Facility). Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan.

Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda.

Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan.

Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh akhir penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan)

Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan segala manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta.

Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad.

Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

LOKASI & WAKTU OPERASI
WAKTU OPERASI
 

ISNIN - JUMAAT

8.30 AM - 6.00 PM

 

SABTU - AHAD

9.00 AM - 12.00 PM

 

 

LOKASI
 
MUHAMMAD IRFAN BIN BASIR 
 
Pakar Perunding eTiQa Takaful 
 

NO, 2A, TINGKAT 1, JALAN SINGA D 20/D, SEKSYEN 20, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

 

Tel: 03-55483425/50

Fax: 03-55483427

H/p: 019-2763417

Fill out this form
GET A QUOTE!

Your details were sent successfully!

© 2023 by Tomorrow. Proudly created with Wix.com     >>>     Call us: 123-456-7890      >>>     Follow us:

Your details were sent successfully!

WAKTU OPERASI
 

ISNIN - JUMAAT

8.30 AM - 6.00 PM

 

SABTU - AHAD

9.00 AM - 12.00 PM

 

 

LOKASI
 
MUHAMMAD IRFAN BIN BASIR 
 
Pakar Perunding eTiQa Takaful 
 

NO, 2A, TINGKAT 1, JALAN SINGA D 20/D, SEKSYEN 20, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

 

Tel: 03-55483425/50

Fax: 03-55483427

H/p: 019-2763417

Fill out this form
GET A QUOTE!
LOKASI & WAKTU OPERASI
  • Facebook Basic
  • Twitter Basic
  • YouTube Basic
  • Google+ Basic
  • LinkedIn Basic
bottom of page